Sunday, June 28, 2009

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH



Rasulullah bersabda:"Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah,bergugurlah dosanya bagai dedaunan jatuh dari pohonnya."

KISAH 1
Ada seorang lelaki jatuh hati kepada seorang gadis. Apabila keluar gadis itu untuk suatu keperluannya maka pergilah lelaki itu bersamanya.Sesampai di kampung yang sunyi,ketika semua orang telah tidur,lelaki itu menyampaikan maksud hatinya.sigadis pun menyahut"Lihatlah apakah semua orang telah tidur semuanya?"
Lelaki itu pun memeriksa kawasan itu dan melihat sejenak.Dia mengira kehendak hatinya hendak dikabulkan. Segera dia menghampiri gadis itu dan berkata "Benar semua orang telah tidur.'Lalu gadis itu bertanya, "Bagaimana pendapatmu tentang Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur?"Lelaki tersebut menjawab, "Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur."Gadis itu lalu berkata:"Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia yg sedang tidur lelap tidak melihat kita.Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti."
Dengan segera lelaki itu meninggalkan gadis tersebut kerana dia takut kepada Allah.Dia pulang ke rumah dan bertaubat.Setelah dia meninggal dunia ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya "Apakah yg dilakukan oleh Allah kepadamu?"Lelaki itu menjawab:"Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu."

KISAH2
Di dalam golongan Bani Israel ada seorang lelaki abid yg miskin dan punya ramai anak.Dia ditimpa kecelakaan sehingga tak dapat mencari rezeki lagi, lalu dia memerintah isterinya agar mencari rezeki.Isterinya pun pergi kesebuah rumah orang kaya lalu meminta sedikit makanan untuk keluarganya.
Orang kaya itu berkata,"Baiklah, tapi serahkan dirimu untukkku walau barang sebentar."Perempuan itu terdiam dan segera pulang.Setibanya dirumah,anak-anaknya meminta makan.Hatinya tak tertahan.Lalu dia pergi berjumpa orang kaya itu lagi.Orang kaya tersebut bertanya,"Adakah engaku telah bersetuju dengan permintaanku?"Perempuan itu pun mengangguk.
Namun ketika berada dalam bilik yang sunyi, tubuh perempuan itu menggeletar seolah-olah seluruh anggota badanya hendak terlepas. Maka orang kaya pun bertanya: "mengapakah engkau berlaku demikian?"Perempuan itu menjawab,"Sebenarnya aku takut kepada Allah."Berkata orang kaya itu,"Engkau telah takut kepada Allah bersama kefakiranmu. Maka semestinya aku lebih takut daripada engkau."Segera dihentikan keinginannya terhadap perempuan itu.Diberinya perempuan itu apa yg diminta.Dan perempuan itu membawa pulang nikmat yg melimpah sehingga keluarganya menjadi senang.Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa as :Katakan kepada fulan bin fulan,Aku telah mengampuni dosanya."Lalu Nabi Musa pun datang kepada orang kaya tersebuat dan memberitahunya.Dan orang kaya pun menceritakan apa yg telah berlaku.
Allah befirman:"Maka jangan engkau takut kepada maanusia dan takutlah padaKu"(Al-Maidah:44)
Dalam ayat lain, surah Al Imran ayat 175 ,Allah berfirman,"Janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah padaKu"

KISAH 3
Pada suatu ketika, Umar bin Khatab jatuh pengsan semasa mendengar ayat al-Quran dibaca dan pada suatu ketika yg lain beliau mengambil sepotong kayu sambil berkata "sekiranya aku menjadi kayu tidaklah menjadi seperti ini dan sekiranya ibuku tidak melahirkan aku."
Beliau menangis teresak-esak.Air matanya mengalir membasahi pipi sehingga pada mukanya ada 2 garis bekas air mata.Sehingga Rasulullah pernah mengatakan,"Api neraka tidak akan menjilat orang yg pernah menangis kerana takut kepada Allah swt "

KISAH 4
Pada hari kiamat seorang hamba dipanggil. Oleh kerana amalan buruknya lebih banyak dia diperintahkan masuk neraka. kemudian sehelai rambut dipipinya berkata,"Ya Tuhanku,utusanmu Muhammad telah bersabda "Barangsiapa menangis kerana takut kepada Allah,maka Allah mengharamkan mata itu dalam neraka."Dan sesungguhnya aku telah menangis kerana takut kapada Allah. Lalu Allah mengampun dan menyelamatkan dia dari api neraka.

KISAH 5
Manakala dihari kiamat didatangkan api yg bergemuruh sehingga menggetar seluruh hati umat. Nabi-nabi berkata, "nafsi-nafsi"(sendiri-sendiri) manakala Nabi saw berkata "umatku umatku"."Keluarlah api itu bagai gunung.Umat Muhammad SAW cuba menolaknya dengan berkata demi orang yg bersolat,org-org shidiq,orang-orang yg berpuasa dan yg orang-orang yg khusyuk,kembalilah engkau wahai api."Api hendak membakar umat Muhammad SAW.Jibril menghampiri Nabi dengan membawa segelas air sambil berkata:"Ambillah air ini dan percikkan ia ke api itu."Nabi percikkan air itu ke api.Lalu api itu padam.
Nabi menanyakan Jibril.."Air apakah ini?"Jibril berkata,"Itulah air mata umatmu yg menangis kerana takut kepada Allah."Rasullullah sering berdoa,"Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yg menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis."

Maka barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala dan rahmatnya,hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia,taat kpd Allah serta menjauhi maksiat."

SEMUA PASTI AKAN DIJEMPUT ALLAH


MATI adalah kejadian yang pasti dihadapi setiap insan. Ia tidak dapat dihindarkan dengan apa cara sekalipun. Insan yang tidak menghiraukan langsung persoalan mati sedangkan mereka pasti menghadapinya, diumpamakan seorang musafir yang memasuki satu daerah baru dalam keadaan gelap gelita. Sudah pasti dia tidak dapat melangkah dan tidak tahu arah hendak dituju.

Begitulah keadaannya roh manusia yang sudah mati yang tidak pernah mengingati mati, tidak pernah mempelajari masalah mati dan tidak mempunyai kepercayaan atau keyakinan mengenai persoalan mati.

Bagi menghindarkan keadaan sedemikian, Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan bagi menghadapinya. Kita juga dikehendaki mengetahui hakikat mati agar dapat menempuh saat kematian dengan penuh pengertian dan kesabaran.

Satu persoalan yang mungkin timbul di fikiran kita apabila membicarakan soal mati ialah mengapakah Islam menggalakkan umatnya mengingati mati sedangkan ia perkara yang tidak menarik atau tidak menggembirakan. Mati adalah sesuatu yang amat ngeri dan meremamangkan bulu roma.

Bagi memecah persoalan berkenaan renungkan dua hadis berikut:

Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:

“Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?”

Rasulullah menjawab: “Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat.”

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Perbanyaklah mengingati mati.” (Hadis Riwayat: At Thabrani)

Namun, bukan bermakna dengan mengingati mati kita meminta supaya lekas mati.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam ialah orang yang panjang umur dan baik pekerjaannya. Sejahat-jahat manusia pula ialah orang yang panjang umurnya tetapi jahat pekerjaannya.”

Dapatlah dikatakan bahawa orang yang mengingati hakikat mati iaitu yang mempunyai kepercayaan mengenai masalah mati bererti dia mengerti akan hakikat hidup, sehingga ia dalam hidup ini mempunyai kepercayaan dan keyakinan pula.
Orang yang mengingati mati dengan pengertian dan kesedaran serta keyakinan dan kepercayaan tidak akan berasa derita dan sengsara.

Sebaliknya, orang yang tidak pernah memikir dan mempelajari masalah mati dalam hidupnya dan tidak percaya kepada Tuhan, ia akan menghadapi matinya dalam keadaan derita dan sengsara.

Walaupun ketika hidupnya dia sihat, kaya-raya dan hidup mewah, tetapi pada saat matinya dia akan menghadapi penderitaan yang paling hebat. Penderitaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata dan tidak dapat dikhayalkan dengan fikiran.

Bagi orang yang sering mengingati mati dan mempunyai keyakinan dan kepercayaan tertentu mengenai hidup dan mati, sekali pun tetap ada kekhuatiran serta ketakutan, kekhuatiran itu ada batasnya, iaitu kekhuatiran dan ketakutan yang masih mengandungi harapan tertentu.

Mereka akan menghadapi maut bukan dalam keadaan putus harapan, tetapi dengan harapan amat besar, kukuh dan teguh.

Mengingati mati bukan perbuatan yang menakutkan, sebaliknya boleh menghilangkan segala ketakutan.

Orang yang sedar dia akan mati, sudah pasti bersiap sedia untuk menghadapi detik itu. Mereka tidak akan bersifat malas untuk menempuh hidupnya, sebaliknya lebih bergiat untuk menempuh hidupnya bagi mencapai keredaan Allah sama ada di dunia atau di akhirat.

Rasulullah dan sahabat baginda adalah orang yang paling banyak jasa terhadap bangsa dan tanah air serta paling hebat perjuangan dan jihadnya dalam hidup. Tetapi mereka tidak lupa untuk mengingati mati, malah mereka adalah orang yang paling banyak mengingati mati.

Dapat disimpulkan bahawa orang yang tidak mengingati mati dalam kerugian kerana mati akan mengunjungi sesiapa saja dan ia tidak mengenal pangkat atau darjat, kaya atau miskin, senang atau susah, di darat, laut atau udara. Keadaan ini jelas dinyatakan Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud:

“Di mana saja kamu berada pasti mati mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat.” (Surah An Nisa’: Ayat 78)

Selain itu setiap insan Islam yang bakal menempuh kematian wajib mempercayai dan meyakini rukun iman:

1. Percaya kepada Allah; 2. Percaya kepada malaikat; 3. Percaya rasul; 4. Percaya kitab Allah; 5. percaya hari akhirat; 6. Percaya Qada dan Qadar. Antara enam pokok kepercayaan dalam rukun iman, dua yang paling penting ialah: Percaya kepada Allah dan percaya hari akhirat. Kedua-dua rukun itu disebut berulang-ulang sampai berpuluh kali dalam al-Quran dan hadis Rasulullah.

Sebagai contoh, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Barang siapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah berlaku baik terhadap tetangganya.

Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah menghormati tetamunya.

Barang siapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah berkata yang baik atau diam.

Ungkapan berkenaan disebut Allah dan Rasul-Nya dalam al-Quran dan hadis berulang-ulang agar ia difahami dan diyakini umatnya. Sesungguhnya kehidupan akhirat amat penting malah jauh lebih penting daripada kehidupan dunia.

Kehidupan akhirat bukan sahaja lebih penting, malah lebih besar, lebih lama (kekal), lebih baik daripada kehidupan duniawi. Kehidupan dunia pula dianggap Allah sebagai kehidupan kecil, tidak penting, satu cara hidup yang rendah, sempit dan terbatas.

Selain itu penghidupan dunia hanya permainan. Ini dijelaskan firman Allah yang bermaksud: “Dan tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali hanya sebagai permainan belaka, sedang kehidupan akhirat lebih baik bagi orang bertakwa. Apakah kamu tidak mahu memikirkannya?” (Surah Al-An’am: Ayat 32)

Amatlah rugi jika kita hidup senang, bahagia dan bergembira di dunia tetapi dalam kehidupan di akhirat yang kekal dan abadi, hidup kita susah dan sengsara dalam neraka buat selama-lamanya. Sebaik-baiknya, biarlah kita hidup senang di dunia dan bahagia pula di akhirat.

KESELESAAN YANG BERTAMBAH AKAN MENGHALANG TAHAJJUD


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:"Kezuhudan merupakan pertaruhan bagi seorang mukmin." Baginda s.a.w. pernah berkata:"Allah s.w.t. telah menawarkan kepadaku hendak menukarkan bukit-bukau di Mekah menjadi emas tetapi aku menadahkan tangan ku kepadaNya sambil berkata:"Ya Allah, aku suka makan pada satu hari dan berlapar pada hari berikutnya supaya aku dapat mengingatiMu apabila lapar dan memuji-mujiMu serta mensyukuriMu apabila kenyang."

Pada suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w.telah berpisah selama sebulan daripada isteri-isterinya kerana salah seorang daripada mereka telah menyinggung perasaannya. Selama sebulan Baginda s.a.w. tinggal berseorangan dalam sebuah bilik. Suatu khabar angin yang tersebar dikalangan para sahabat mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah menceraikan isteri-isteri Baginda s.a.w..

Apabila Umar r.a.hu mendengar berita angin tersebut, dia pun berlari-lari kemasjid. Setibanya dia dimasjid ia dapati sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sedang duduk termenung dan kesedihan jelas terbayang diwajah mereka. Meninggalkan mereka,Umar r.a.berjalan pula kerumah anaknya Hafsah yang menjadi isteri Nabi Muhammad s.a.w.Dia mendapati Hafsah menangis-nangis didalam biliknya. Dia bertanya:"Mengapa kamu menangis? Bukankah selama ini aku telah melarang kamu supaya jangan melakukan sesuatu yang mungkin menyinggung perasaan Nabi Muhammad s.a.w.?"

Kemudian dia berjalan kemasjid sekali lagi. Kelihatan olehnya beberapa orang sahabat sedang menangis berdekatan dengan mimbar.Disini dia duduk bersama-sama sahabat yang lainnya tetapi oleh kerana terlalu sedih dia bangun lalu berjalan kearah bilik Nabi Muhammad s.a.w. yang terletak ditingkat atas masjid itu. Dia mendapati Rabiah, seorang hamba, sedang menduduki tangga bilik itu. Melalui Rabiah, dia meminta izin hendak berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w.tidak melahirkan sepatah katapun sebagai menjawab permintaannya. Permintaannya untuk menemui Nabi Muhammad s.a.w.dibuat beberapa kali dan hanya pada kali yang ketiga sahaja Nabi Muhammad s.a.w. mengizinkan dia naik. Apabila ia masuk, ia dapati Nabi Muhammad s.a.w. sedang berbaring diatas sekeping tikar yang diperbuat daripada daun pokok tamar. Kesan-kesan tikar itu jelas kelihatan berbekas dibadan Nabi Muhammad s.a.w.Berdekatan dengan Baginda s.a.w. terdapat sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang dan yang disumbat dengan kulit-kulit pohon tamar.

Umar r.a.bercerita:
"Saya menyampaikan salam kepadanya lalu bertanya: 'Sudahkah Tuan menceraikan isteri-isteri Tuan?" Baginda s.a.w. menafikan perkara itu. Saya merasa agak lega sedikit dan sambil berseloroh saya mengatakan:"Ya Rasulullah, kita kaum Quraish selamanya telah menguasai wanita-wanita kita tetapi keadaan berlainan sungguh dengan orang-orang Ansar. Mereka dikuasai wanita-wanita mereka sehingga wanita-wanita kita telah terpengaruh." Nabi Muhammad s.a.w.. tersenyum mendengar kata-kata saya yang agak lucu itu. Selepas itu saya memerhati keadaan didalam bilik itu. Saya lihat ada tiga keping kulit binatang yang telah disamak dan sedikit barli disuatu sudut. Selain dari itu tidak ada sesuatu apa pun. Saya lalu menangis. Nabi Muhammad s.a.w. bertanya:"Mengapa kamu menangis?" Saya menjawab:"Betapa tidak, Ya Rasulullah, saya sedih melihat bekas-bekas tikar yang Tuan tiduri dibadan Tuan dan sedih melihat keadaan bilik ini. Semoga Allah s.w.t. mengurniakan Tuan dengan bekalan-bekalan yang lebih banyak. Orang-orang Parsi dan Rumawi yang tidak menyembah Allah s.w.t. mempunyai raja yang mewah. Mereka hidup ditaman yang ditengah-tengahnya mengalir anak-anak sungai sedangkan Pesuruh Allah s.w.t. hidup didalam keadaan serba miskin."

Semasa saya mengeluarkan kata-kata tadi, Nabi Muhammad s.a.w.. sedang bersandar dibantal, Baginda s.a.w. lantas bangun dengan serta merta dan berkata:"Wahai Umar, nampaknya kamu masih didalam keraguan. Kesenangan dan keselesaan hidup yang bakal kita perolehi diakhirat nanti sudah tentu lebih baik daripada apa yang terdapat didunia ini. Kalau didunia ini mereka hidup senang dan mewah, keadaan akan berubah diakhirat kelak. Disana kita yang akan menikmati segala-galanya."Mendengar kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.saya berasa kesal lalu berkata:"Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah s.w.t. agar Dia mengampuni saya. Saya telah bersalah didalam hal ini."

Seorang hamba Allah telah bertanya kepada Aishah mengenai tikar bantal Nabi Muhammad s.a.w. Jawab Aishah:"Ianya terdiri dari sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang yang diisikan dengan kulit-kulit pohon tamar." Soalan yang sama dikemukakan kepada Hafshah. Dia menjawab:"Ianya terdiri dari sehelai kain tarpal yang dilipat dua. Pada suatu hari, untuk memberi keselesaan kepada Nabi Muhammad s.a.w.saya telah menghamparkan kain itu berlipat empat. Pada esok paginya itu Nabi Muhammad s.a.w. bertanya:"Apakah yang awak hamparkan untuk saya malam tadi?" Saya menjawab:"Kain yang sama tetapi berlainan lipatannya." Nabi Muhammad s.a.w.berkata:"Lipatkannya seperti dahulu. Keselesaan yang bertambah itu akan menghalangkan Tahajjud."

AKHLAKNYA ADALAH AL QURAN

RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

TAZKIRAH

"Seandainya sujud terhadap manusia itu di perbolehkan, maka aku akan memerintahkan perempuan untuk sujud pada suaminya"-Hadis

KETIKA RASULULLAH MENANGIS

Imam Ali berkata,: Suatu hari, aku dan Fatimah melihat Nabi sedang menangis tersedu-sedu.Lalu kami bertanya:"Ya Rasulullah, apa yang membuatmu menangis seperti ini" Rasulullah menjawab:"Di malam Mi'raj,aku melihat sekelompok wanita dari umatku dalam keadaan tersiksa dengan siksaan yang pedih hingga membuatku menangis. Saya melihat perempuan dalam keadaan rambutnya tergantung dan otaknya mendidih. Ada perempuan yang lidahnya terjulur dan disiram dengan air neraka yang panas.Dan sebagian lagi memakan dagingya sendiri, di bawah badan mereka ada api yang menyala, dan sebagian lagi kaki dan tangan dalam keadaan terikat,sedangkan ular dan kalajengking mengelilinginya, Dan wanita yang lainnya dalam keadaan tuli dan bisu dan dia ditaruh dalam peti yang penuh dengan api yang menyala.Otaknya keluar dari hidungnya dan badannya robek-robek sampai terpisah dari tulangnya.Dan banyak lagi siksaan-siksaan yang aku lihat di sana."

Lalu Fatimah bertanya,"Ya Rasulullah, mengapa mereka di siksa oleh Allah SWT sedangkan mereka adalah wanita-wanita yang beriman" Rasulullah menjawab: "Wahai anakku, wanita yang digantung rambutnya, adalah wanita yang tidak memakai hijab / Jilbab, wanita yang lidahnya terjulur adalah wanita yang menyakiti suaminya, wanita yang susunya di gantung adalah wanita yang tidak mau tidur dengan suaminya, wanita yang kakinya di gantung adalah wanita yang keluar dari rumah tampa seizin suaminya,Wanita yang memakan dagingnya sendiri adalah wanita yang merias dirinya untuk orang lain ,wanita yang kakinya diikat dan di kelilingi ular dan kalajengking adalah wanita yang sholat dengan pakaian najis serta tidak mandi setelah haid atau bersenggama,wanita yang tuli dan bisu adalah wanita yang berbuat zina dan anak-anaknya di serahkan pada suaminya,wanita yang menggunting badannya sendiri adalah wanita yang membanggakan diri sendiri pada orang lain,wanita yang badannya dan mukanya terbakar dan dia memakan ususnya serta semua isi perutnya adalah wanita yang menyuruh orang lain berbuat zina,wanita yang kepalanya kepala babi dan badannya badan keledai adalah wanita yang suka berbohong dan mengadu domba, dan wanita yang bermuka anjing dan api masuk dari belakang dan keluar dari mulutnya adalah wanita yang suka bernyanyi".

Suatu hari Aisyah datang menghadap Nabi dan bertanya:"Ya rasulullah ,siapa yang paling berhak terhadap seorang perempuan?" Nabi menjawab:" Suaminya", Aisyah bertanya: "siapa yang paling berhak terhadap seorang laki-laki" Nabi menjawab:"Ibunya"..Dalam suatu riwayat Muadz bin Jabal datang dari syam lalu dia sujud dihadapan rasulullah. Rasulullah bertanya:"Apa yang sedang kamu lakukan". Muadz menjawab:" Ini adalah adat buat kami, apabila seorang pemimpin datang, kami harus bersujud kepada pemimpin tersebut, dan akupun ingin bersujud padamu ya Rasulullah". Lalu Rasulullah bersabda:"Janganlah kalian bersujud terhadap sesama manusia. Dan seandainya sujud terhadap manusia itu di perbolehkan, maka aku akan memerintahkan perempuan untuk sujud pada suaminya. Dan aku bersumpah atas nama Allah tidak ada perempuan yang mengerjakan hak Allah kecuali dia mengerjakan hak-hak suaminya".

Suatu hari seorang perempuan datang menghadap Rasul dan berkata: "Ya Rasulullah aku adalah seorang perempuan yang tidak punya suami dan aku ingin menikah. Nasehatilah aku apa yang harus aku lakukan terhadap suamiku". Rasulullah menjawab: "(Pertama), disaat suami menginginkan dalam keadaan apapun harus mentaatinya janganlah kau menjauhi atau menolaknya. Kalau istri menolak dan sang suami marah maka sang istri dilaknat malaikat sampai sang suami memaafkannya. (Kedua), Tanpa izin suami janganlah berpuasa sunnah sebab tiada yang ia dapatkan kecuali haus dan lapar. (Ketiga), Janganlah keluar rumah tanpa izin suami sebab semua langkahnya dilaknati para malaikat".